Sistem pernafasan manusia terdiri daripada beberapa struktur dan organ yang penting. Bermula daripada mulut dan rongga hidung, seterusnya bergerak ke trakea (salur pernafasan) dan seterusnya bergerak ke paru-paru.
Pada paru-paru, akan berlaku pertukaran gas oksigen (yang akan digunakan oleh badan) dengan gas karbon dioksida (yang telah digunakan oleh badan) dalam struktur yang diberi nama alveolus.
Bagi topik ini, adalah penting bagi pelajar untuk:
1) mengingat label pada struktur pernafasan manusia
Kedudukan beberapa struktur penting, seperti trakea, bronkus, paru-paru dan diafragma perlu diingat dengan baik.

2) mengetahui apa yang berlaku semasa mekanisma pernafasan manusia
Pelajar perlu mengetahui apa yang berlaku kepada sangkar rusuk, rongga torasik dan juga diafragma semasa proses menarik dan menghembus nafas.
SEMASA TARIK NAFAS
Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan ke luar
Rongga torasik membesar
Diafragma bergerak ke bawah
Tekanan udara di luar lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga torasik
SEMASA HEMBUS NAFAS
Sangkar rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam
Rongga torasik mengecil
Diafragma bergerak keatas
Tekanan udara dalam rongga torasik lebih tinggi daripada tekanan udara di luar
3) menggunakan model sistem pernafasan
Pelajar juga perlu mahir mengaitkan model sistem pernafasan manusia dengan sistem pernafasan manusia yang sebenar. Sebagai contohnya,tiub kaca bertindak sebagai trakea, balang kaca bertindak sebagai sangkar rusuk, belon bertindak sebagai paru-paru dan kepingan getah bertindak sebagai diafragma.
http://www.cikguhailmi.com/2013/03/sains-menganalisa-mekanisma-pernafasan.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar